TELUK INTAN: Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
D Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh S Sundaraj, 32, di tepi jalan Taman Dato' Nazri Langkap di sini pada kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8 malam, 5 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.
Pada 9 April lepas, media melaporkan enam lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di sebuah taman perumahan dekat Langkap.
Ia susulan pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan pada 8.15 malam, 5 April yang memaklumkan seorang pesakit lelaki warga tempatan tidak sedarkan diri disebabkan luka di bahagian dada dan leher akibat terkena senjata tajam.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 18 2024
Tertuduh, Tanabalan hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan STEM.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.